Kursus Kesedaran Berkenaan Jenayah Seksual Siber di Kalangan Remaja dan Kanak-kanak
Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Selayang telah menganjurkan Kursus Kesedaran Berkenaan Jenayah Seksual Siber di Kalangan Remaja dan Kanak-kanak pada 7.3.2019. Kursus telah dirasmikan oleh Dr. Tengku Intan Norleen binti Tengku Sharif, Timbalan Pengarah (Perubatan 1) yang mewakili Pengarah Hospital. Seramai 5 orang penceramah pakar telah dijemput khas untuk kursus ini terdiri dari Pakar Kriminologi, Pakar Pediatri, Pakar Psikiatri, PDRM dan Pegawai dari MCMC.