Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Dato' Seri Dr. Adham bin Baba ke Hospital Selayang
Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Dato' Seri Dr. Adham bin Baba ke Hospital Selayang
24 Mac 2020 , 4.00 petang
YB Dato' Seri Dr. Adham Baba telah hadir membuat lawatan kerja bagi meninjau sendiri kesiapsiagaan anggota barisan hadapan Hospital Selayang dalam menghadapi wabak Covid-19 yang sedang melanda. Lawatan beliau turut ditemani oleh YBhg. Dato' Indera Dr. Sha'ari Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.
Kedatangan beliau disambut oleh Dr. Sakinah bt Alwi, Pengarah Hospital Selayang yang telah menyampaikan sedikit taklimat berkaitan situasi jangkitan Covid-19 yang berlaku disini.
YBMK memulakan sesi lawatan kerja beliau dengan melawat Unit Rawatan Rapi, Unit HDW dan Kompleks Rawatan Harian. Malah beliau juga berkesempatan hadir ke pusat saringan Covid-19 yang ditempatkan di bahagian luar Jabatan Kecemasan & Trauma.