KONTENA KHAS TEMPAT PENYIMPANAN JENAZAH/MAYAT
Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang telah menerima kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana wabak Covid-19. Fasiliti seumpama ini adalah yang kedua selepas penempatan kontena penyimpanan jenazah/mayat di Jabatan Perubatan Forensik Sungai Buloh. Kontena ini mampu memuatkan sebanyak 20 jenazah/mayat pada satu-satu masa sebagai tambahan kepada peti simpanan mayat yg sedia ada. Dengan penerimaan kontena khas ini diharap dapat membantu Hospital Selayang bagi menghadapi masalah kekurangan peti simpanan jenazah/mayat berikutan kes wabak Covid-19 yg meningkat sejak akhir-akhir ini.