Pemulihan Carakerja adalah rawatan pemulihan yang spesifik melalui aktiviti terapeutik terpilih ke atas pesakit di setiap peringkat umur yang menghadapi masalah dari segi fizikal, psikologikal dan sosial. Matlamat pemulihan adalah untuk membantu pesakit meningkat dan mengekalkan tahap kefungsian yang maksima dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Ciri paling penting dalam pemulihan carakerja adalah penglibatan aktif individu di dalam proses pemulihan terapeutik ini.
Jabatan ini memberi perkhidmatan untuk pesakit luar dan pesakit dalam yang dirujuk dari pelbagai disiplin termasuk jabatan Otopedik, Perubatan, Pediatrik, Surgikal dan Psikiatri.
Pada tahun 2012, jabatan ini beroperasi dengan 14 anggota yang terdiri dari seorang Pegawai Pemulihan Carakerja U41, seorang Jurupulih Carakerja U36, dua Jurupulih Carakerja U32, tujuh Jurupulih Carakerja U29 dan tiga Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Seorang Jurupulih Carakerja telah di pinjam dari Hospital KKB bermula November 2012 untuk memantapkan perkhidmatan yang sedia ada.
Pada tahun 2012 juga perkhidmatan Pemulihan Carakerja telah mula dikembangkan ke perkhidmatan Paliatif. Perkhidmatan Disiplin lain juga diteruskan. Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di hospital Selayang meliputi rawatan seperti berikut:
- Aktiviti Remedial –bagi meningkatkan / mengekalkan fungsi fizikal, julat sendi dan fungsi kognitif
- 'Splinting'
- 'Pressure Garment / Burn / Hyperthropic Scar Management'
- Latihan dalam Aktiviti Kehidupan Seharian (ADL)
- Alat bantuan / adaptasi peralatan
- Terapi relaksasi / pengendalian
- Latihan dalam 'Work Hardening'
- Penilaian Pra-memandu
- Penilaian / Latihan Kerusi Roda
- 'Home Management'
- 'Behavior Modification'
- 'Social Therapy'
- Lawatan – ke rumah, sekolah / tempat kerja.
Jabatan Pemulihan Carakerja telah menghantar anggota berkursus di luar atau di dalam Hospital Selayang secara bergilir-gilir untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kualiti perkhidmatan anggota. Sasaran adalah setiap anggota perlu menghadiri kursus /seminar/ bengkel sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun.
Jabatan juga mengadakan CME jabatan setiap bulan disamping menggalakkan anggota menghadiri CME hospital yang berkaitan. 'OCCT Ward Round' diadakan setiap pagi Jumaat supaya anggota jabatan dapat berkongsi maklumat dan kepakaran demi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dalam disamping mengetahui rawatan terkini.
Jabatan ini juga melatih pelatih-pelatih Jurupulih Carakerja dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (pelatih program diploma) dari UiTM (pelatih program diploma dan sarjana muda) serta dari UKM (pelatih program sarjana muda) yang memohon menjalani latihan praktikal.
Jabatan Pemulihan Carakerja Hospital Selayang telah berjaya meningkatkan kualiti perkhidmatan sejajar dengan sumber manusia yang sedia ada serta peruntukan yang diterima sepanjang tahun 2012. Jabatan akan terus berusaha memantapkan lagi rawatan yang diberikan pada masa hadapan dengan mempunyai tenaga kerja mahir dan penglibatan aktif dalam aktiviti kualiti serta mengembangkan lagi skop perkhidmatan.