Perkhidmatan Yang Disediakan
Peranan Jabatan HPB Hospital Selayang dalam bidang berkaitan dengannya adalah sangat besar dan berisiko tinggi, namun dengan pengalaman yang luas setiap kes tersebut dapat dirawat sebaik mungkin dan memberikan nilai tambah pada kehidupan pesakit yang terlibat.
Selain daripada melakukan pembedahan-pembedahan yang besar, Jabatan HPB Hospital Selayang juga memberikan perkhidmatan di Kompleks Rawatan Harian iaitu ERCP, OGDS dan Colonoscopy.
Pembedahan Pemindahan Hepar, adalah satu-satunya pembedahan di Malaysia yang hanya dilakukan di Hospital Selayang di mana segala kepakaran dan teknologi berpusat di sini, dan ia dilakukan dengan cemerlang oleh Jabatan HPB Hospital Selayang.