Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

SAMBUTAN ‘HARI ARTRITIS SEDUNIA’ HOSPITAL SELAYANG

SAMBUTAN ‘HARI ARTRITIS SEDUNIA’ HOSPITAL SELAYANG
12 OKTOBER 2021, 3 PETANG

Hari Arthritis Sedunia bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sendi.

Arthritis boleh menyerang sesiapa sahaja, yang tua mahupun yang muda termasuklah kanak-kanak dan tidak mengira jantina.

Contoh arthiritis yang sering dihadapi oleh golongan dewasa adalah Rheumatoid arthritis, Psoriatic arthritis, Ankylosing Spondylitis, dan Gout.

Adalah penting orang ramai mengetahui tanda-tanda awal penyakit agar rawatan dapat diberikan dengan segera sebelum komplikasi penyakit berlaku seperti kecacatan anggota.

Tema Hari Artritis Sedunia ‘Time 2 Work’ merupakan satu pesanan dan peringatan kepada kita semua untuk lebih prihatin kepada pekerja yang hidup dengan artritis.
Orang yang mengidap artritis perlu diberi peluang untuk bekerja, samada untuk kerjaya pertama, terus bekerja setelah mengidap penyakit mahupun untuk mereka yang pulang bekerja selepas menjalani rawatan.

Nantikan maklumat lanjut berkenaan Artritis pada 12 Oktober 2021, jam 3 petang di laman Facebook Hospital Selayang.

 

World Arthritis Day jpeg

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013