Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Ivermectin

Jangan bahayakan nyawa kerana Ivermectin.

Dua orang dilaporkan mengalami keracunan akibat mengambil ubat antiparasit Ivermectin tanpa saranan dan kawalan pihak hospital.
Pusat Racun Negara mendedahkan:
Kes pertama - Individu 35 tahun mengalami sesak nafas berpanjangan selama 5 hari selepas mengambil sebiji pil Ivermectin.
Kes kedua - warga emas tidak sedarkan diri selepas mengambil 15 pil Ivermectin sekaligus.
Dua kes ini yang hanya dilaporkan kepada Pusat Racun Negara tetapi sudah cukup untuk dijadikan pengajaran betapa bahayanya mengambil Ivermectin secara sembrono.

Belum ada antidot atau rawatan khusus untuk pesakit yang mengalami keracunan akibat Ivermectin.
Tiada ubat yang boleh mencegah atau merawat COVID-19 termasuklah Ivermectin. Hanya vaksin yang terbukti boleh mencegah COVID-19 setakat ini.
Orang ramai dinasihatkan tidak membahayakan nyawa diri sendiri dengan mengambil Ivermectin yang digunakan untuk haiwan seperti kuda dan anjing, secara sesuka hati.
Di Malaysia, tiada ubat Ivermectin yang diluluskan untuk kegunaan manusia. 

Ya, memang betul ada kajian berkaitan keberkesanan Ivermectin yang telah dijalankan sebelum ini iaitu: 

  • 6 kajian dijalankan tentang keberkesanan Ivermectin bagi menghalang kematian dalam kalangan pesakit COVID-19 TETAPI semua 6 kajian itu TIDAK menunjukkan ubat itu berkesan dalam mencegah kematian.
  • 3 kajian dijalankan bagi menilai kemampuan Ivermectin mencegah COVID-19 dan keputusannya juga TIDAK menunjukkan ia dapat mencegah COVID-19. (Sumber: Pakar Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ernieda Md Hatah)

Pendek kata, tiada bukti klinikal yang nenunjukkan Ivermertin boleh mencegah atau merawat COVID-19. Patuhilah nasihat doktor dan ahli farmasi yang bertauliah.

ivermectin1

ivermectin2

ivermectin3

ivermectin4

MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
 
Tarikh: 13 hingga 20 Ogos 2021
Konsep Sambutan: Secara Maya /Virtual
Tema: Derma Organ: Milik Bersama
 
Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda!!!
  • Pelancaran/ Ucapatama
  • Pertandingan Melukis Poster
  • Cabaran BookDoc
  • Webicara Istimewa
  • Kuiz Interaktif
Jangan lupa sertai kami!!!
 
donation 
 

Notis Penutupan Klinik Perubatan Am ( Medical Clinic ) Hospital Selayang

Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/ puan, Klinik Perubatan Am ( Medical Clinic) Hospital Selayang akan ditangguhkan operasi buat sementara waktu sehingga arahan selanjutnya dan temujanji akan disusun kembali untuk tarikh yang akan diberitahu kelak. Hal ini disebabkan oleh kakitangan di Jabatan Perubatan Am telah ditugaskan untuk mengendalikan kes Pandemik Covid-19.

3. Pihak tuan/puan akan dihubungi secara berperingkat untuk sebarang pemakluman urusan temujanji. Untuk bekalan ubat-ubatan boleh dibuat menggunakan perkhidmatan Poslaju (kos penghantaran sebanyak RM5.30) atau melalui Farmasi Pandu Lalu Hospital Selayang (Drivethru). Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, Klinik Perubatan Am boleh dihubungi di ketetapan berikut :

• Kaunter Klinik Perubatan Am
Waktu Operasi : Isnin- Jumaat ( 8.30 pagi – 4.00 petang )
• Talian Telefon : 03-61263333 samb. 3301
• Emel : klinikmedikal [AT] selayanghospital [DOT] gov [DOT] my

3. Sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan/puan amatlah dikesali. Kerjasama
pihak tuan/puan dalam perkara ini sangatlah kami hargai dengan ucapan terima kasih.

 “ PRIHATIN RAKYAT:DARURAT MEMERANGI COVID-19 ”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013