Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Pemakaian pelitup muka

Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di dalam bangunan mulai 1 Mei 2022. Walau bagaimanapun, ia adalah pilihan di luar bangunan tetapi digalakkan apabila berada di tempat yang sesak dan untuk individu berisiko tinggi.

pelitup muka

 

 

Mask-wearing is still mandatory indoors from 1 May 2022. However, it is optional outdoors. It is still encouraged when in crowded places and for high-risk individuals. 

pelitup muka2

 

Daftar masuk MySejahtera

Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis mulai 1 Mei 2022. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi. Walau bagaimanapun, kes positif COVID-19 dan mereka yang berada di bawah HSO masih tidak dibenarkan memasuki premis.

daftar masuk 1

 

MySejahtera check-in is no longer required to enter premises from 1 May 2022. Entry to premises are permitted regardless of vaccination status. However, COVID-19 positive cases and those under HSO are still not allowed to enter premises.

daftar masuk2



 

 

Chikungunya

 Penyakit Chikungunya adalah jangkitan virus yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk Aedes.

Gejala utama penyakit Chikungunya adalah demam panas yang mengejut, sakit sendi dan ruam. Gejala lain yang boleh dialami adalah sakit kepala, sakit belakang mata, sakit otot dan loya.

Pastikan kawasan persekitaran kita bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.
Luangkan masa setiap minggu selama 10 minit.
JOM! Cari dan musnahkan tempat Aedes membiak.

chikugunya

 

 

Hari Strok Sedunia

Strok atau angin ahmar adalah pembunuh ketiga rakyat Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Strok boleh terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat akibat saluran darah tersumbat atau pecah. Ini menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak dan meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.

Oleh sebab itu, jika serangan strok berlaku, setiap saat selepas itu amat berharga. Tindakan pantas dapat meningkatkan peluang kepada pesakit untuk pulih. Ketahui tanda amaran strok supaya anda dapat membantu individu yang diserang strok mendapat rawatan dengan segera.

Strok tidak mendikriminasi dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi strok boleh dicegah dengan memahami faktor risikonya. Anda mungkin tidak boleh mengelak daripada faktor umur, bangsa, jantina dan sejarah keluarga. Sebaliknya, anda mampu mengawal faktor risiko lain dengan memantau tekanan darah, amalkan pemakanan sihat, kawal berat badan, berhenti merokok dan berubah kepada gaya hidup aktif.

*29 Oktober setiap tahun merupakan Hari Strok Sedunia

strok01

strok01 2

 

Maklumat Berkenaan Ankylosing Spondylitis (Sejenis Artritis yang Menyerang Sendi-Sendi Tulang Belakang dan Tulang Pelvis)

Pernahkah anda mendengar tentang sakit belakang yang bersifat radang?

Ankylosing Spondylitis adalah sejenis artritis yang menyerang sendi-sendi tulang belakang dan tulang pelvis.

Ia menyebabkan sakit belakang yang bersifat radang.
Jikalau masalah keradangan ini tidak dirawat dengan awal, ia akan menyebabkan kekakuan sendi-sendi di tulang belakang dan seterusnya membataskan pergerakan.

Bagaimanakah anda membezakan samada anda mengalami keradangan sakit belakang disebabkan Ankylosing Spondylitis atau hanya sakit belakang mekanikal?

Sempena dengan Hari Artritis Sedunia hari ini (Oktober 12), ketahui lebih lanjut mengenai AS melalui rencana ini di Persatuan Reumatologi Malaysia (MSR): https://msr.my/when-your-back-pain-is-not-just-a-back-pain/

Klik Di sini -> Maklumat Berkenaan Ankylosing Spondylitis

Klik Di sini -> Video World Arthritis Day Hospital Selayang

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013