Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Sumbangan Buku dan Majalah Terpakai Untuk Perpustakaan Bergerak di Wad

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Sosial Perubatan dengan kerjasama Sukarelawan Hospital Selayang sedang dalam proses untuk mewujudkan Perpustakaan Bergerak bagi mengedarkan buku-buku dan majalah terpakai kepada pesakit di wad-wad. Program ini diharapkan dapat membantu mengisi masa lapang pesakit yang dirawat di wad dengan aktiviti yang berfaedah.

Sehubungan dengan itu, jasa baik YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan adalah diharapkan untuk menyumbang buku-buku atau majalah terpakai yang masih elok bagi kegunaan Perpustakaan Bergerak ini. YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan boleh menyerahkan sumbangan buku-buku atau majalah terpakai ini ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

Sekian, terima kasih.

Seminar Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2015

susu-ibu-pengumuman

Seminar Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2015 Peringkat Hospital Selayang

Anjuran Baby Friendly Hospital Initiative Hospital Selayang

TARIKH   : 07 / 08 / 2015
MASA     : 07.30 pagi – 4.00petang
TEMPAT : Auditorium, Hospital Selayang

Objektif:
Untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan penyusuan susu ibu secara ekslusif kepada ibu-ibu yang bekerja , sempena tema WABA

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Kempen Derma Darah Bil 5/2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Untuk makluman, Pusat Darah Negara akan mengadakan Kempen Derma Darah Bil 5/2015 mengikut ketentuan berikut :

Tarikh : 3 & 4 Ogos 2015 ( Isnin & Selasa)

Masa : 9.00 am - 4.00 pm

Tempat : Lobi Utama , Aras 3, Hospital Selayang.

Peringatan : Bagi warganegara - Dimestikan bawa kad pengenalan

Bukan warganegara yang menetap 1 tahun di Malaysia - Dimestikan bawa passport

Sehubungan dengan itu, semua anggota kerja Hospital Selayang yang layak untuk menderma dijemput menjayakan Kempen Derma Darah kali ini. Bantuan anda pasti akan memberi impak yang besar kepada yang memerlukan. Kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai.

"Derma Darah Tanggungjawab Bersama"

Pelaksanaan Laluan Trafik Sehala di Hospital Selayang

pelan-trafik-sehala

PELAKSANAAN LALUAN TRAFIK SEHALA DI HOSPITAL SELAYANG

Dimaklumkan Laluan Berikut Akan Dijadikan LALUAN SEHALA Bermula 27 Julai 2015:

a) Farmasi Pandu Lalu (Jalan Utama – Jabatan Kecemasan – Farmasi Pandu Lalu – Pintu Belakang – Asrama/Kuarters – Jalan Keluar Utama);

b) Penghuni Kuarters & Asrama (Jalan Utama – Jabatan Kecemasan – Farmasi Pandu Lalu – Asrama/Kuarters);

c) Staf (Pintu Belakang – Asrama/Kuarters – Jalan Utama – Basement).

Klik Untuk Maklumat Lanjut

Perkhidmatan Shuttle Service Percuma

Bermula 20 Julai 2015, Hospital Selayang akan menyediakan perkhidmatan shuttle service percuma bagi kakitangan dan pelanggan Hospital Selayang.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013