Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Program KKM Jom Ikrar!

 Jom Ikrar

Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan asas kepada anggota KKM mengenai derma organ seterusnya menggalakkan mereka mendaftar sebagai pengikrar secara sukarela.

 

Solat Sunat Tarawih Di Surau Utama Aras 3

Sukacita dimaklumkan bahawa persatuan kebajikan warga islam (pkwi) hospital selayang akan melaksanakan solat sunat tarawih di surau utama Hospital Selayang bermula pada 17 Jun 2015/01 ramadhan 1436h hingga 14 Julai 2015/27 ramadhan 1436h. Kepada kakitangan/waris pesakit yang ingin mengikuti solat sunat tarawih bolehlah bersama-sama hadir berjemaah di surau utama, aras 3 Hospital Selayang.

Sekian, wassalam.

Kempen Derma Darah Bil 4/2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Untuk makluman, Pusat Darah Negara akan mengadakan Kempen Derma Darah Bil 4/2015 mengikut ketentuan berikut :

Tarikh : 1 & 2 Jun 2015 ( Isnin & Selasa)

Masa : 9.00 am - 4.00 pm

Tempat : Lobi Utama , Aras 3, Hospital Selayang.

Peringatan : Bagi warganegara - Dimestikan bawa kad pengenalan

Bukan warganegara yang menetap 1 tahun di Malaysia - Dimestikan bawa passport

Sehubungan dengan itu, semua anggota kerja Hospital Selayang yang layak untuk menderma dijemput menjayakan Kempen Derma Darah kali ini. Bantuan anda pasti akan memberi impak yang besar kepada yang memerlukan. Kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai.

"Derma Darah Tanggungjawab Bersama"

Nutrition Month 2015

nutrition month

Sukacita ingin dimaklumkan, bahawa Jabatan Dietetik & Sajian akan menganjurkan sambutan Nutrition Month 2015 bertemakan 'Say NO to Diabetes: Eat Right, Move More' pada 13 Mei 2015 (Rabu) di Lobi Utama, Hospital Selayang.

Aktiviti-aktiviti menarik:
• Pemeriksaan Antropometri
• Pemeriksaan Gula darah
• Demonstrasi Memasak
• Pameran Poster & Booth (Diabetic Tunnel, Read the Labels, Food Display)
• Jualan Buku Resepi Sihat
• Pertandingan 'Run For Wrap'
• Meal Replacement Challenge

Di sini, saya juga ingin menjemput anggota-anggota Hospital Selayang untuk menyertai Pertandingan 'Run For Wrap'

Misi Kemanusiaan : Sumbangan Untuk Mangsa Banjir di Pantai Timur

Adalah dimaklumkan bahawa Hospital Selayang akan menganjurkan projek kebajikan berupa pengumpulan pakaian/keperluan harian untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur yang amat-amat memerlukan bantuan bagi keperluan harian mereka. Projek ini dianjurkan bagi memenuhi obligasi sosial dan kebajikan semua warga kerja Hospital Selayang dan akan diselaraskan oleh Kelab Sukan & Kebajikan Hospital Selayang.

Sehubungan dengan ini, sokongan , kerjasama dan keperihatinan setiap warga kerja adalah diperlukan bagi menyumbang keperluan harian yang boleh digunakan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang sedang menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan harian masing-masing. Antara keperluan yang dipohon adalah seperti tilam, bantal, selimut, toto, pampers, pakaian harian (terutama pakaian sekolah), toiletries, peralatan memasak, water jet untuk kerja pembersihan dan juga bahan makanan kering. Semua sumbangan boleh dihantar di Kompleks Sukan & Rekreasi Hospital Selayang pada bila-bila masa pada atau sebelum 31 Disember 2014 ( Rabu) . Sumbangan yang berlabel boleh diletakkan dihadapan Dewan Badminton jika petugas keselamatan tidak berada dipost ketika penghantaran.

Memandangkan keperluan tersebut perlu dihantar secepat mungkin kerjasama semua penyumbang adalah diharapkan agar dapat membuat pengasingan dan melabel kotak-kotak tersebut mengikut jenis. Contohnya :
- pakaian kanak-kanak perempuan/lelaki ( jika ada had umur lagi memudahkan )
- pakaian dewasa lelaki/perempuan
- keperluan harian ( nyatakan )
- makanan kering ( nyatakan) dan lain-lain
Setiap kotak juga perlu di label SUMBANGAN MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR.

Semoga sedikit sumbangan yang diusahakan ini akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa terbabit. Sokongan , kerjasama dan sumbangan setiap warga kerja Hospital Selayang amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Setiausaha Kelab Sukan & Kebajikan Hospital Selayang di sambungan 3095/ 019-2041413 ( Pn. Hjh. Hamidah Hj. Ariffin)

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013